SHAH ALAM, 26 OKT: Seorang ahli perniagaan didenda RM20,000 atau penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan memberi suapan kepada jurutera Tenaga Nasional Bhd (TNB) supaya tidak memotong bekalan elektrik di premisnya antara 2019 dan 2021.